Friday, August 10, 2018

Kebaikan Bio-Oil

Bio-Oil




Assalamualaikum. Hari ni hana nak share kebaikan menggunakan bio-oil. Bio-oil ni boleh dibeli di farmasi, watson or mungkin kat guardian pun ada juga. Harganya bergantung pada saiz juga la. kalau yang kecil 60ml dalam RM30++. Yang besar sikit hana x sure bape harga dia. Tapi beli yang kecil pun dah okay sebab tahan lama. Bio-oil ni banyak manfaat & kegunaannya.

Kebaikan Bio-Oil

Parut – Membantu memperbaiki kesan parut samaada baru ataupun lama.

Regangan kulit – Membantu mengurangkan kemungkinan kesan regangan terbentuk semasa mengandung, tempoh tumbesaran remaja yang cepat dan pertambahan berat badan mendadak, serta membantu memperbaiki kesan regangan kulit yang sedia ada.

Tona kulit tidak sekata – Membantu memperbaiki tona kulit tidak sekata sama ada untuk kulit cerah mahupun gelap.

Penuaan kulit & kulit kering – Membantu melicin & menegangkan kulit yang mengalami penuaan dan kedutan di muka & badan, serta membantu mengekalkan kelembapan kulit.



Ni hana beli yang 60ml dekat watson


Ni adalah antara kebaikan bio-oil yang hana tahu. Ni pun hana just tengok dekat kotak bio oil juga. Kalau ada lagi kebaikan & penggunaan bio-oil lain yang berkesan boleh share ye.

Sekarang ni hana baru start guna bio-oil untuk masalah tona kulit tidak sekata. So nanti dah lama sikit, hana share result sama ada berkesan atau tak. Byeee.

Monday, August 6, 2018

First Impression watson online shopping di shopee

Hana baru first time beli barang2 dari watson secara online kat shopee. Before ni nak beli tapi agak berbelah bagi juga sebabnya ada terbaca review yang mengatakan barang pecah la, order barang lain tapi dapat yang lain. So hana nak beli pun hana pikir 2,3 kali juga.

Tapi baru2 ni hana nak try juga sebabnya beli secara online senang sebab kita x perlu keluar. Lagipun kita boleh tau barang yang kita nak tu ada stock ke tidak. Sebab yang utama time tu ada sale. Hehe. Boleh la jimat.

Untuk permulaan ni hana beli 3 barang je dulu sebab takut tak nak ambik risiko incase barang rosak ke silap barang ke. Apa yang hana order adalah bio oil 60ml (yang ni sale harga jd rm29.80), ellipse hair vitamin (hair treatment) & Pencuci muka fair & lovely.

First impression hana adalah wowwww. Kenapa wowww? Sebabnya barang sampai cepat. Hari ni order, lusa dh sampai. Cepatkan. Then watson punya packaging pun terbaik. Beli barang sikit & kecik pun letak dalam kotak. Thumb up for watsonnn. Hehehe.

Ni watson punya packaging. Comel kan.


Barang2 yang hana dapat semua dalam keadaan baik. Sangat2 puas hati. Lepas ni confirm akan online shopping kt watson lagi.



Siapa2 nak online shopping kat watson boleh klik link ni shopee.com.my/watsons.my.