Friday, May 4, 2018

Siew Pak Choy masak sos tiram

Bahan-bahan
seikat sayur siew pak choy
4-5 sudu mkn sos tiram
3 ulas bawang putih- cincang
seinci halia - cincang
air sedikit
serbuk perisa@gula - jika suka
tepung jagung+air sedikit untuk pekatkan kuah
bawang putih goreng/bawang goreng - untuk hiasan

Cara-cara

1. Sayur jangan potong dulu. Panaskan air. Celur dengan batang2 skali. Angkat dan toskan.

2. Potong bahagian yg Hujung. Susun dalam pinggan dan ketepikan.

3. Panaskan minyak, tumis bahan cincang hingga naik bau@kekuningan.

4. Masukkan sos tiram dan juga air sedikit. Kacau. Masukkan perisa jika suka. Tak payah letak garam sbb sos tiram dh masin. Kalau nak pekat letak tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Didihkan. Tutup api. Tuang kuah atas sayur tadi.

5. Hiaskan dengan bawang putih goreng/bawang goreng. Siap untuk dihidangkan.


Tuesday, May 1, 2018

Ayam Goreng Berlada

Assalamualaikum.

Ha bila hari2 cuti am macam ni mesti rasa malas dan tak tahu nak masak apa. Ye la nama dah cuti kan. Mesti kita pun nak rehat. Jadi nak senang, kita masak masakan simple. Bahan2 pun simple je. Yang penting sedap. Jom kita masak sama2.




Ayam Goreng Berlada

Bahan-bahan

Ayam (dipotong)
Cili kering (direbus & dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Bawang besar (dihiris)
Kicap
Garam
Gula
Serbuk kunyit

Cara-cara

Potong ayam dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam td.

Masukkan air ke dalam periuk dan rebus cili kering dalam 10 minit. Selepas itu toskan air dan potong cili kering kecil-kecil. Masukkan cili kering yang telah dipotong, bawang merah dan bawang putih ke dalam pengisar. Kisar bahan2 tersebut sehingga lumat.

Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar td. Selepas itu masukkan sedikit kicap, garam dan gula secukup rasa. Kemudian, masukkan ayam dan bawang besar yg dihiris. Gaul sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan.