Thursday, March 15, 2018

Ikan Bawal Masak Masam Manis

Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis



Bahan-bahan
1 Ekor Ikan bawal
3 Biji Bawang merah
3 Ulas Bawang putih
2 Sb Cili kisar
1 Sb Sos tomato
1 Sb Sos cili
1 Sb Sos tiram
Batang Lobak merah (dipotong dadu)
Nanas (dipotong dadu)
Timun (dipotong dadu)
Cili besar (dipotong kecil)
Garam
Gula
Kunyit Debu
Minyak
Cara-cara
1. Gaul ikan dengan debu kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan  sehingga masak & garing. Angkat.& toskan.
2. Kisar / tumbuk bawang besar & bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kemudian masukkan juga sedikit air.
4. Selepas itu masukkan lobak merah, nanas, timun dan cili besar. Bila sayur dah agak masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masak sehingga kuah pekat.
6. Letakkan ikan yang telah digoreng ke dalam pinggan dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan.

Tuesday, March 13, 2018

Ayam Kicap - Tomato

Ayam Kicap - Tomato



Bahan-bahan
1/2 Ekor ayam (dipotong)
1 Sb Debu kunyit
1/2 Sk Cuka
1 /2 Mangkuk kecil cili kisar
2 Sb Sos tomato
3/4 Mangkuk kecil kicap
Gula
Garam
Minyak

Cara-cara
1. Gaulkan ayam dengan kunyit debu, garam dan cuka. Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam. Bila dah masak, angkat ayam & ketepikan.
*Letak sedikit cuka untuk buatkan ayam jadi garing / crunchy.

2. Dengan mengunakan minyak goreng ayam tadi, tumis cili kisar.

3. Masukkan sos tomato dan kicap. Kemudian kacau sehingga pecah minyak.

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Last sekali boleh masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau sehingga sebati.

5. Masak lebih kurang dalam 5 minit, kemudian tutup api & hidangkan.

Resepi Sotong Masak Merah

Uolls suka makan sotong tak? Ha ni Hanna nak share satu menu sotong yang simple. Even hanna tak makan sotong, tapi hanna still masak jugak menu sotong untuk family. Untuk kali ni hanna share resepi sotong masak merah. 

Sotong Masak Merah by Hanna


Kat bawah ni Hanna ada letak resepi. Uolls boleh tengok ye.


BAHAN – BAHAN

SotongCili kering (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Cili besar (dihiris)
Sos tiram
Kicap
Garam
Gula
Minyak untuk menumis


CARA-CARA

1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih bersama2.


2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar-benar garing.

3. Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan kacau lagi sehingga garing dan keluar minyak.

4. Kemudian, masukkan sotong yang telah ditos sehingga kering.

5.Akhir sekali, masukkan cili besar dan goreng sehingga air sotong menjadi kering. Siap untuk dihidang.

Tomyam Ayam Tanpa Perencah

Since tomyam ni merupakan salah satu favourite food Hanna, so memang selalu jugak la masak tomyam. Kadang tu seminggu wajib masak at least sekali. Biasa kalau masak tomyam, Hanna suka masak letak perencah tomyam ni.

But kalau tetiba rasa nak makan tomyam and time tu lak perencah ni tak ada and kemalasan nak pergi kedai muncul secara mengejut, Hanna masak tomyam tanpa perencah. Original flavour dari bahan-bahan tu. Haa jangan cakap tak sedap lak.


Walaupun tak guna perencah tapi InshaAllah sedap macam guna perencah jugak. Yang penting bahan-bahan yang wajib letak tu ada. Kalau before ni hanna share resepi tomyam guna perencah, kali ni hanna share yang ta guna perencah lak. Jom usha bahan-bahan dan cara masak tomyam ayam tanpa perencah.


BAHAN – BAHAN
Ayam (nak letak udang @ sotong @ apa-apa pun boleh)
2 sudu cili boh
1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (ketuk @ potong kecik)
1 keping asam keping
1 batang serai (dititik)
2 helai daun limau purut
Sayur (tomato, kobis cina, putik jagung @ bergantung pada korang nak letak sayur apa)
Beberapa tangkai cili padi (ikut nak pedas ke tak)
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
½ biji limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit minyak
Air secukupnya



CARA – CARA


1. Panaskan minyak.

2. Masukkan bawang putih dan cili boh. Kemudian masukkan sos cili dan tomato. Biarkan sedikit garing. Masukkan serai dan air.

3. Bila dah mendidih air nya, bolehlah masukkan ayam (kalau korang nak masukkan sotong @ udang @ apa-apa seafood pun boleh).

4. Masukkan daun limau purut, asam keping dan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Masukkan perasa (garam & gula).

5. Bila dah masak ayam tu bolehlah masukkan bawang besar dan juga sayur.

6. Masukkan cili padi (boleh potong @ diketuk). Siap untuk dihidang.







Ni lah hasilnya. Nampak menyelerakan (jangan meleleh lak air liur tu). Haa lepas ni kalau tak ada perencah tomyam pun boleh je masak tomyam. Selamat mencuba.