Thursday, March 15, 2018

Ikan Bawal Masak Masam Manis

Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis



Bahan-bahan
1 Ekor Ikan bawal
3 Biji Bawang merah
3 Ulas Bawang putih
2 Sb Cili kisar
1 Sb Sos tomato
1 Sb Sos cili
1 Sb Sos tiram
Batang Lobak merah (dipotong dadu)
Nanas (dipotong dadu)
Timun (dipotong dadu)
Cili besar (dipotong kecil)
Garam
Gula
Kunyit Debu
Minyak
Cara-cara
1. Gaul ikan dengan debu kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan  sehingga masak & garing. Angkat.& toskan.
2. Kisar / tumbuk bawang besar & bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kemudian masukkan juga sedikit air.
4. Selepas itu masukkan lobak merah, nanas, timun dan cili besar. Bila sayur dah agak masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masak sehingga kuah pekat.
6. Letakkan ikan yang telah digoreng ke dalam pinggan dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan.

No comments:

Post a Comment