Monday, October 16, 2017

Terung Goreng Simple

Untuk menu sayur, hari ni hanna share resepi masakan terung. Nama resepi ni terung goreng. As usual, resepi yang hanna share simple je.

RESEPI TERUNG GORENG

Bahan-bahan

Terung
Bawang Merah
Cili
Kicap
Sos Tiram
Kunyit
Garam
Gula
Minyak
Air

Cara-cara

1. Potong terung kemudian gaul terung bersama kunyit debu dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng terung tadi sekejap sahaja. Lebih kurang separuh masak. Angkat dan toskan.
3. Potong bawang dan cili. Kemudian letak sedikit minyak. Masukkan bawang dan cili yang telah dipotong.
4. Biar sedikit garing, masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sekejap dan masukkan sedikit air.
5. Kemudian masukkan garam dan gula. Bila kuah agak pekat, masukkan terung yang telah digoreng dan kacau.
6. Masak terung sekejap sahaja lebih kurang 1 minit. Tutup api dan hidangkan.


Sunday, October 15, 2017

Laman Seni Shah Alam Seksyen 7

Assalamualaikum.
Kali ni hanna tak nak share pasal makanan. Tak nak share pasal resepi. Jemu nanti asyik share pasal makanan je. Agak2 uolls hana nak share pasal apa. Haa boleh agak tak?. Hana nak share pasal tempat menarik dan best kat Shah Alam.

First time datang Shah Alam untuk praktikal bulan Ogos lepas. Awal2 datang macam tak best je kat sini. Kilang je banyak kat sini. Tu first impression hanna. Haha. Biasala first impression tu biasanya tak betul. After lebih kurang sebulan la baru la tahu ada jugak tempat menarik dan best kat Shah Alam ni. Salah satunya adalah Laman Seni. Ni untuk kaki selfie tempat ni memang sesuai untuk uolls.

Location : Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Banyak lukisan mural yang menarik yang ada kat Laman Seni Seksyen 7 ni. Lukisan yang ada pula cukup cantik dan kreatif sangat. Hana sempat la ambik a few pictures kat sana sebab masa pergi tu hujan. So tak sempat nak tengok semua mural yang ada. Lepas ni kena pergi lagi ni.













Gambar hana posing semua sama je sebab hana bukan yang pandai posing macam2 gaya. Huhuhu.

Tomyam Daging Campur

TOMYAM DAGING CAMPUR


Rindunya nak makan tomyam daging. Actually, kalau uolls nak tahu tomyam daging lagi sedap dari tomyam ayam. Dia punya rasa tu 2 kali ganda lagi sedap. Hehe. Tapi tu bagi pendapat hanna la.


Kali ni hanna buat tomyam daging campur dengan udang. Kalau masak tomyam letak udang rasanya lagi sedap sebab udang ada keluarkan rasa manis yang boleh menyedapkan lagi tomyam tu. Kali ni hanna masak tomyam guna pes tomyam.


Jom kita tengok macam mana nak masak tomyam daging campur.


Bahan-bahan

Daging (lebih kurang dalam 200-300g @ ikut suka oulls)
Udang (dalam 7-10 ekor@ ikut suka oulls)
1 paket pes tomyam
1 batang carrot
4 biji jagung kecil
1 biji tomato
5 tangkai cili padi
1 ulas bawang besar
2 batang serai
2 helai daun limau purut
2 tangkai daun sup
1sb cili giling (cili boh)
1 keping asam keping
Garam

Gula


Cara-cara

1. Hiris daging nipis-nipis dan rebus daging terlebih dahulu. Masukkan asamm keping ketika rebus daging supaya bau hanyir daging dapat dihilangkan. Kemudian tapis dan toskan daging supaya buih-buih putih yang muncul pada permukaan semasa merebus daging tadi tiada. Air rebusan daging tadi jangan dibuang sebab nanti untuk masak tomyam kita akan guna air rebusan daging.

2. Hiris atau mayang bawang besar. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang terlebih dahulu.

3. Selepas itu masukkan cili kisar tadi dan kacau. Kemudian masukkan serai yang telah diketuk dan daun limau purut. (hanna masukkan serai dan daun limau purut terlebih dahulu untuk naikkan bau tomyam ni).

4. Kemudian masukkan pes tomyam dan daging. Kacau sekejap dan masukkan udang yang telah dicuci.

5. Seterusnya masukkan air rebusan daging tadi. Kalau sedikit, tambah air biasa (hanna biasa masukkan air dalam ½ periuk). Kalau uolls nak tomyam pekat boleh kurangkan air, kalau nak tomyam cair boleh letak air lebih sedikit. Tapi jangan terlalu banyak nanti rasa tomyam hilang sebab air terlalu banyak.

6. Bila dah mendidih masukkan jagung, carrot dan cili padi yang telah dihiris (nak letak sayur-sayur lain pun boleh). Masukkan juga garam dan gula sebagai perasa.

7. Last sekali, bila tomyam dah masak, masukkan tomato yang dibelah 4 dan daun sup yg dihiris kasar. Kemudian tutup air. Ni kerana tomato dan daun sup kalau dimasak lama nanti hancur dan tak sedap.

*Hanna suka letak daun sup dalam tomyam sebab bau tomyam akan jadi lagi wangi dan sedap. Ni salah satu tips dari hanna supaya tomyam tu jadi lagi sedap.

 



Tomyam siap untuk dihidang dan dimakan. Selamat men cuba.

Saturday, October 14, 2017

Kangkung Goreng Belacan

Assalamualaikum and happy weekend. Yeay  today is saturday. Cuti la kita. Cuti2 jugak, tapi masak jangan lupa ye uolls. Hehe.

Okay hari ni hanna nak share resepi masakan untuk sayur. Walaupun hanna tak suka makan sayur tapi hanna suka sangat masak menu sayur untuk family and housemate. Hehe

Hari ni kita belajar mcm mane nak masak kangkung goreng belacan. Ada ke yang tak kenal and tak tahu sayur kangkung? Meh hanna tunjuk.


Ni la kangkung


Jom proceed untuk belajar masak kangkung goreng belacan. As usual bahan2 yang diperlukan dan cara2 masak ada kat bawah.


Resepi kangkung goreng belacan

Bahan-bahan
1 ikat kangkung
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit belacan
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit air
Garam dan gula

Cara-cara

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).


Done masak. Seperti biasa la masakan hanna simple dan yang penting sedap. So bagi yang baru nak belajar masak bolehla singgah kat blog hanna sebab menu simple dan mudah sangat nak masak. Lepas ni hanna akan share lagi banyak menu masakan. Bye2.

Friday, October 13, 2017

Ayam Masak Kicap Pedas

Bila turn hanna masak, selalu duk fikir nak masak apa. Arghhh susahnya nak kena fikir nak masak apa. Huhuhu. Nak masak benda sama takot housemate boring lak. Nak masak yang advance sangat pun kadang bahan2 tak ada.

MMMMMMmmmm. So lepas duk fikir panjang tu hanna pun decide nak masak ayam masak kicap.

Tapi.... Haa ada tapi lak. Hehe. Bagi suspens sikit. Biasa kita makan ayam masak kicap biasa2 je. Ni hanna nak ajar cara masak ayam masak kicap pedas. Bila pedas baru la merecik dan berselera makan. Jom tengok apa bahan yang perlu dan cara nak masak menu ni.

Bahan-bahan
Ayam (lebih kurang dalam 8-10 ketul)
10 tangkai cli padi
2 ulas bawang besar
1/2 biji tomato
Kicap
Sos tiram
Garam
Minyak
2 helai daun limau purut

Cara-cara
1. Potong ayam ikut suka nak potong kecik2 atau besar.

2. Kisar cili padi dan bawang besar sehingga lumat.

3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ayam (jangan letak minyak masak). Hanna masukkan ayam dahulu sebab nak bagi garing sikit2 pada ayam. Kacau lebih kurang 5 minit.

4. Kemudian masukkan sos tiram dan masukkan cili dan bawang yang telah dikisar tadi. (Kalau nak pedas lebih, letak banyak. Kalau tak nak pedas sangat, boleh kurangkan sikit).

5. Seterusnya masukkan kicap dan kacau. Selepas seketika (lebih kurang dalam 5 minit), masukkan secawan air.

6. Masukkan garam dan gula sebagai perasa. Kemudian masukkan tomato dan daun limau purut (hanna letak daun limau purut bagi bau wangi). Tunggu sehingga ayam masak.

7. Siap untuk dihidangkan.



Alhamdulillah, ni la hasil ayam masak kicap pedas yang hanna masak untuk dinner malam ni. Habis licin weolls makan. Uolls kalau nak try bolehla.

Telur Kukus

Menu simple seterusnya yang resepi telur kukus. Resepi ni pun merupakan salah satu menu yang menyihatkan sebabnya kita kukus. Kalau kita goreng kurang menyihatkan sebab berminyak kan.
hanna nak share adalah

Bahan-bahan
3 biji telur
1/2 biji tomato
1/2 biji carrot
1 ulas bawang merah
3 biji cili padi
Garam

Cara-cara
1. Hiris dan potong tomato, carrot, bawang merah dan cili padi kecil2.

2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kemudian kacau dan masukkan sedikit garam. Lepas tu boleh masukkan tomato, carrot, bawang merah dan cili tadi.

3. Panaskan periuk pengukus. Sementara itu tuangkan telur tadi ke dalam bekas untuk dikukus.

4. Kukus telur tadi selama 10-15 minit atau sehingga masak. Siap dan boleh dimakan bersama nasi.


Telur Kukus

Fruits salad simple

Walaupun hanna tak suka makan sayur, tapi hanna suka sangat makan buah. So bila tetiba tergerak hati nak diet, hanna pun buat la fruits salad. Serius simple je caranya.

Cara2 nak buat salad buah mudah je. Uolls boleh pilih nak letak buah apa-apa je yang uolls suka. Untuk kali ni, hanna letak buah mangga, epal, pear, salak and timun.

Uolls potong (dadukan) buah-buah tu ikut yang uolls suka. Then, uolls letak mayonis ke dalam buah-buah tu dan gaul. Mayonis jangan banyak sangat and jangan sikit sangat. Letak secukup rasa.

Ni hasil yang hanna buat. Sedap dan sangat mengenyangkan sesuai untuk yang nak diet.


Thursday, October 12, 2017

Resepi Kailan Ikan Masin

Morning uolls. Awal Hanna update blog hari ni. Before pergi kerja, Hanna nak share satu menu yang simple iaitu kailan ikan masin. Bolehlah uolls masak menu ni tengahari nanti.

Hanna masak belajar masak ni sebab mak request nak makan hari tu. Simple je resepi ni. Masak pun ambil masa dalam 10 minit je. Selamat mencuba.

Bahan-bahan :

1 Ketul ikan tenggiri masin ( potong dadu kecil)
1 genggam sayur kailan
2 Ulas bawang merah (dihiris halus jee)
4 Ulas bawang putih (ketuk-ketuk)
1 camca sos tiram
1/4 cawan air masak
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya juga amar mudah untuk disediakan.

Cara-Cara:

1. Mula-mula masukkan minyak dan panaskan. Kemudian goreng ikan tenggiri masin tadi sehingga garing. Selepas itu masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga naik bau.

2. Kemudian, lepas beberapa ketika, masukkan sos tiram dan juga air masak. Kemudian masukkan sayur kailan.

3. Nyalakan api kuat. Goreng sayur kailan sehingga daun sedikit layu.

4. Angkat selepas warna kailan jadi hijau layu.


Nak tau sedap ke tak. Uolls cuba la buat ye.

Tuesday, October 10, 2017

Resepi Ikan Bilis Goreng Dan Kentang

Resepi Ikan Bilis Goreng Dan Kentang


Hi uolls.

Hari ni Hanna nak share resepi masakan yang sangat2 simple. Sebab suka sangat makan kentang, so Hanna selalu juga la masak menu ni.

Bila duduk rumah sewa bujang ni kita masak simple2 jela. Yang penting sedap. Lagi sedap kalau makan dengan nasi panas ni. Confirm tambah nasi 2,3 pinggan. Nama masakan ni ikan bilis goreng dengan kentang. Nanti uolls try buat ok.


Resepi Ikan Bilis Goreng dengan Kentang

Bahan - bahan
Ikan bilis
Ubi kentang
Bawang merah
Cili padi

Cara - cara
1. Kupas kulit kentang dan potong dadu. Cuci bersih dan toskan. Kemudian panaskan minyak dan goreng kentang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2.  Basuh ikan bilis terlebih dahulu. Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

3. Seterusnya mayang bawang merah dan cili padi.

4. Panaskan minyak dan tumis bahan - bahan yang di mayang (bawang merah & cili padi). Selepas itu, masukkan kentang dan gaul rata.

5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul rata. Angkat dan hidang.



Tadaa.. Ni la hasilnya. Menu simple tapi InsyaAllah kenyang dan sedap.





Monday, October 9, 2017

Meet HANNA



Hi uolls. First of all, I'm Hanna. I created my site in 2012 but I was not sure on what to blog about. Mmmmmm (fikir panjang). Hanna excited bila tengok blog lain yang best pasal fashion, food, personal life and so on. Sebab tu la dah 5 tahun blog ni kosong je tanpa sebarang post. Nasib labah-labah tak buat sarang kat sini. 

Bulan ni baru la terdetik hati hanna ni nak start a food blog. So Hanna decide nak blogging pasal semua benda. Tapi awal2 ni banyak pasal food dulu, lepas2 ni mungkin boleh blogging pasal benda2 lain lak. Huhu.

Actually hanna bukan la terer sangat masak tapi hanna sangat2 suka masak. Kalau dulu time duduk kat rumah memang kerja hanna masak je memanjang. Sebab bila masak, Hanna dapat satu kepuasan pada diri Hanna bila orang makan makanan yang kita masak tu.

Before ni pun Hanna selalu share resepi makanan yang Hanna masak kat instagram je. Hanna suka masak makanan yang simple2 tapi sedap (sedap ker). Huhu. InshaAllah sedap. So uolls kalau nak masak makanan simple2, yang baru nak belajar memasak atau yang nak tengok resepi bolehla singgah kat blog Hanna ni.

Thank you.