Resepi Ikan Bilis Goreng Dan Kentang
Hi uolls.
Hari ni Hanna nak share resepi masakan yang sangat2 simple. Sebab suka sangat makan kentang, so Hanna selalu juga la masak menu ni.
Bila duduk rumah sewa bujang ni kita masak simple2 jela. Yang penting sedap. Lagi sedap kalau makan dengan nasi panas ni. Confirm tambah nasi 2,3 pinggan. Nama masakan ni ikan bilis goreng dengan kentang. Nanti uolls try buat ok.
Resepi Ikan Bilis Goreng dengan Kentang
Bahan - bahan
Ikan bilis
Ubi kentang
Bawang merah
Cili padi
Cara - cara
1. Kupas kulit kentang dan potong dadu. Cuci bersih dan toskan. Kemudian panaskan minyak dan goreng kentang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Basuh ikan bilis terlebih dahulu. Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya mayang bawang merah dan cili padi.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan - bahan yang di mayang (bawang merah & cili padi). Selepas itu, masukkan kentang dan gaul rata.
5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul rata. Angkat dan hidang.
Tadaa.. Ni la hasilnya. Menu simple tapi InsyaAllah kenyang dan sedap.
No comments:
Post a Comment