Hanna masak belajar masak ni sebab mak request nak makan hari tu. Simple je resepi ni. Masak pun ambil masa dalam 10 minit je. Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
1 Ketul ikan tenggiri masin ( potong dadu kecil)
1 genggam sayur kailan
2 Ulas bawang merah (dihiris halus jee)
4 Ulas bawang putih (ketuk-ketuk)
1 camca sos tiram
1/4 cawan air masak
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya juga amar mudah untuk disediakan.
Cara-Cara:
1. Mula-mula masukkan minyak dan panaskan. Kemudian goreng ikan tenggiri masin tadi sehingga garing. Selepas itu masukkan bawang merah dan bawang putih goreng hingga naik bau.
2. Kemudian, lepas beberapa ketika, masukkan sos tiram dan juga air masak. Kemudian masukkan sayur kailan.
3. Nyalakan api kuat. Goreng sayur kailan sehingga daun sedikit layu.
4. Angkat selepas warna kailan jadi hijau layu.
Nak tau sedap ke tak. Uolls cuba la buat ye.
No comments:
Post a Comment