Friday, November 24, 2017

Resepi Ketam Masak Merah Simple

Selamat pagi.

Satu lagi masakan favourite hana yang hana nak share dengan uolls iaitu ketam masak merah. Kalau seafood hana memang makan ketam je. Yang lain2 macam sotong, kerang, lala, udang dan sebagainya tu hana memang tak makan. Tapi kalau ketam memang suka gila2. Haha.

Hana suka buat ketam masak merah dan gulai lemak cili api ketam. Dua2 tu memang best. Hari ni hana nak share resepi ketam masak merah dahulu. Nanti lepas2 ni hana share resepi gulai lemak cili api ketam pula ye.

Jom kita usha resepi ketam masak merah kat bawah ni.


Bahan-bahan
8-10 ekor ketam
Debu kunyit
1 Sb kicap
1 Sb sos tiram
2 Biji lada besar (dihiris memanjang)
1 Biji bawang besar (dipotong bulat)
1 Tangkai daun sup
Garam
Gula

Bahan Kisar
5 Biji bawang merah
5 Ulas bawang putih
2 Biji Bawang besar
1 Inch halia
15 tangkai cili kering (boleh guna cili kisar)

Cara-cara

1. Lumur garam dan debu kunyit pada ketam. Panaskan minyak dan goreng ketam sampai warna ketam bertukar. Angkat ketam dan toskan.

2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menumis. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.

3. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sekejap dan masukkan sedikit air agar tidak hangit. Bila kuah dah agak pekat, masukkan ketam yang telah digoreng tadi beserta gula dan garam.

4. Seterusnya masukkan lada besar dan bawang besar. Kacau sehingga sebati. Selepas 2 minit, tutup api dan hidangkan. Taburkan daun sup untuk hiasan (optional).



No comments:

Post a Comment