Wednesday, December 20, 2017

Resepi Masakan Kampung

Morning.

Hari ni hana nak share resepi makanan kampung. Satu set makanan. Sesuai untuk lunch @ dinner. Ada enam resepi semuanya. Jom tengok bawah ada apa.





MENU 1 : Resepi Ikan Singgang

Bahan-bahan

1 Ekor ikan tongkol (dipotong)
1/2 Inchi lengkuas
1/2 Inchi kunyit hidup
1 Biji lada besar (dihiris panjang & biji lada dibuang)
1 Biji bawang besar (dibelah 4)
1 Ulas bawang putih (dibelah 2)
3/4 Sk kunyit debu
2 Keping asam keping
2 Biji bendi (dipotong 2)
Air
Garam

Cara-cara

1. Sediakan periuk yang berisi air lebih kurang 1/2 periuk di atas dapur. Masukkan bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup yang telah diketuk ke dalam periuk. Masukkan juga asam keping. Tunggu sehingga air mendidih. 

2. Bila air dah mendidih, masukkan ikan yang telah dipotong dan dibersihkan tadi ke dalam periuk.

3. Kemudian, masukkan juga kunyit debu, bendi, lada besar dan bawang besar. Biar seketika.
*Kalau tak nak letak bendi pun tak apa.

4. Seterusnya masukkan garam sebagai perasa. Bila ikan dan bendi dah masak, tutup api.

*Tip : jangan kacau selalu supaya ikan tak hancur.


MENU 2 : Resepi Kerabu Mangga

Bahan-bahan

1 Biji mangga muda (disagat halus)
1 Biji bawang merah (dimayang)
1 Biji lada besar (dihiris halus)
1/2 biji tomato (dipotong dadu)
2 Sb air perahan limau nipis @ cuka
1 Sb sos tiram
2 Sb udang kering @ ikan bilis goreng (optional)
Garam
Gula

Cara-cara

1. Masukkan magga muda yg telah disagat halus ke dalam bekas. Kemudian masukkan juga bawang merah, lada besar dan tomato yang telah dipotong.

2. Seterusnya masukkan air perahan limau nipis @ cuka, sos tiram, garam dan gula. Gaul sehingga semua sebati.
* Jika rasa kurang, uolls boleh tambah lagi air perahan limau @ gula @ garam.

3. Akhir sekali, jika uolls suka, boleh masukkan udang kering @ ikan bilis yang telah digoreng ke dalam kerabu mangga.
*Tak nak letak pun tak apa


MENU 3 : Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan

3 Biji lada besar
5-7 Biji cili padi (boleh letak lebih kalau nak lagi pedas)
1/2 Inchi belacan
1 Biji bawang merah
3/4 Biji tomato
2 Sb cuka
2 Sb air
Gula
Garam

Cara-cara

1. Tumbuk lada besar, cili padi, belacan, bawang merah dan tomato. Tumbuk sampai 80% lumat.
*jangan lumat sangat nanti tak sedap.

2. Kemudian bila dah hampir lumat, masukkan cuka, garam dan gula.

3. Akhir sekali masukkan sedikit air. Kacau sehingga semua sebati sebelum dimasukkan ke dalam bekas.


MENU 4 : Resepi ayam goreng kecil campur bawang

Bahan-bahan

3-5 ketul ayam (potong ayam tadi kecil2)
1 Sk kunyit debu
1 Sk garam
1 Biji bawang besar (dimayang)
Minyak

Cara-cara

1. Bersihkan ayam yang telah dipotong kecil2. Gaul ayam dengan garam dan kunyit debu.

2. Panaskan kuali dan goreng ayam tadi. Bila ayam dah 80% masak, masukkan bawang yang telah dimayang tadi ke dalam kuali yang berisi ayam.
*Jangan letak bawang awal2 sebab tak nak bawang hangit kalau digoreng lama sangat.

3. Bila ayam dah masak 100%, angkat dan toskan semuanya.


MENU 5 : Resepi Terung Celur

Bahan-bahan

2 Biji Terung
Air

Cara-cara

1. Potong terung ikut citarasa masing2. Kemudian masukkan terung ke dalam periuk yang berisi 1/2 air.

2. Celur terung (rebus) sehingga terung jadi lembut.


MENU 6 : Resepi Ikan goreng

Bahan-bahan

1 Ekor ikan
1 Sk garam
1 Sk kunyit debu

Cara-cara

1. Bersihkan ikan. Kemudian gaulkan ikan dengan garam dan debu kunyit.

2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak.


* Kalau nak lagi sedap, uolls bolehla tambah ulam2. Macam ni hana tambah timun & pucuk pegaga.



Tuesday, December 19, 2017

Ayam Bakar Simple

Roasted Chicken & Vegetables Recipe

Hye uolls.

Okay hari ni Hanna nak share resipi ayam bakar. Since Hanna selalu excited bila tengok rancangan memasak yang selalu baked ayam seekor kat dalam oven. Selalu bagitahu mak, jom kita try buat. Tapi last2 tak buat juga. Sebabnya yela kalau masak ayam seekor kat umah peratusan nak habis makan tu 50% je. Yang memang duduk kat rumah mak ayah jenis tak makan banyak. So makanan masak sikit pun selalu tak habis. Huhu

Mak cik Hanna kadang selalu gelak kat mak bila mak cakap ikan kalau beli sekilo nak habis 2,3 hari. Kadang seminggu. Sebabnya mak cik Hanna walaupun kat rumah dia anak2 x ramai tapi sekali masak seperiuk nasi, ikan sekilo memang habis sehari. Hahaha.

Okay2, Kita sambung balik pasal ayam tadi. Satu hari tu punya la rasa nak juga baked a whole chicken. Then bila Hanna bagitahu mak, mak cakap buat la. Sebab masa tu anak2 buah ada dan abang ipar pun ada. So masak lebih sikit pun tak apa.

Kalau nak try resepi baru Hanna suka buat research dulu. Benda first yang Hanna buat search resepi, sebab masa tengok kat rancangan memasak tu dah lama. Tak ingat sangat dah. Hanna tanya pak cik google kot2 ad resepi yang senang. Tapi tak puas hati lagi, Hanna search Youtube, tengok 4,5 video.

Hanna suka tengok video orang putih masak sebab diaorang masak memang power plus superb. Walaupun ada antara bahan2 yang diaorang guna tak ada kat Malaysia dan ada sesetengah tu tak halal la untuk kita org islam, Hanna tak kisah. Maksud tak kisah tu kita boleh gantikan benda2 tu dengan bahan2 lain yang senang kita nak dapat dan halal. Hanna memang jenis yang masak tak suka ikut full resepi sebab Hanna akan olah balik resepi tu dengan menggabungkan 2,3 resepi yang Hanna rujuk. Hanna suka jadikan resepi tu simple dan mudah untuk masak nanti. So hasil yang Hanna dapat ada kat bawah ni.

Roasted Chicken & Vegetables by Hanna

Bahan-bahan

1 ekor ayam
1sb serbuk cili
1sb serbuk bwg putih (kalau x ada boleh tumbuk bawang putih je)
1sb serbuk lada hitam
1sb sos tiram
1sb sos tomato
1sb sos cili
1/2 sb gula
1sb garam
1 biji bawang besar
1/2 biji lemon
Minyak
Sayur-sayuran (Ubi kentang, Bunga Kobis @ apa2 je yg korang suka)

Cara-cara

1. Basuh ayam bersih2 & buang organ dalaman ayam.

2. Masukan serbuk cili, serbuk bawang putih @ bawang putih, serbuk lada hitam, sos tiram, sos tomato, sos cili, gula & garam ke dalam bekas. Kemudian gaul sehingga sebati.

3. Lumur minyak pada semua bahagian ayam td. Kemudian lumurkan bahan2 perapan ayam td. Perap ayam selama 1-2 jam.

4. Perah jus lemon ke dalam ayam. Potong bawang besar kepada 4 bahagian & masukkan ke dalam ayam. Ikat kaki ayam dengan tali.

5. Potong sayur-sayuran. Masukkan sedikit minyak ke dalam dalam kuali. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong td. Masukkan sedikit garam & serbuk lada hitam. Goreng sayur-sayuran td sekejap sahaja lbh kurang 1-2 minit. Angkat dan ketepikan.

6. Letakkan ayam ke dalam dulang pembakar. Kemudian letak sayur-sayuran tadi di tepi ayam.

7. Bakar pada suhu 180 c selama 1 jam @ sehingga masak.


Ni la hasil masa first hanna try masak ni. Alhamdulillah habis seekor kitaorang makan. Makan saja tanpa nasi pun sedap.


Masa bulan puasa hari tu pun hanna ada buat lagi tau. Hanna buat dua ekor sebab masa tu semua adik beradik balik and kumpul kat rumah mak ayah berbuka sama-sama. Penat jugak hanna buat sorang2 dua ekor sekaligus tapi berbaloi sebab habis licin semua makan.




Jus Epal Homemade

Jus Epal Homemade




Bahan-bahan

2 Biji Epal Merah
2 Senduk gula
1 Cawan air masak
1 Cawan ais

Cara-cara

1. Kupas kulit epal dan potong epal kecil2 supaya senang nak kisar nanti. Masukkan epal yang telah dipotong ke dalam blender. Tapi masukkan hanya 1 biji setengah sahaja sebab yang selebihnya untuk diletakkan di bahagian atas nanti.

2. Masukkan juga gula dan air ke dalam blender. Kemudian kisar sehingga lumat.

3. Masukkan 1/2 cawan ais ke dalam blender dan kisar lagi.

4. Sediakan gelas yg berisi ais (ais separuh gelas sahaja) dan tuangkan jus epal yang telah siap dikisar tadi.

5. Letakkan epal yang selebihnya tadi ke bahagian atas jus. Siap untuk diminum.

Resepi Ayam Goreng Kunyit Campur Sayur

Assalamualaikum.

Pagi2 ni hana nak share resepi masakan ayam yang simple dan cepat.


Ayam Goreng Campur Sayur

Masakkan yang paling senang + sedap. Ni salah satu favourite hana juga.


Bahan-bahan

3-5 ketul ayam
2 biji jagung kecil
1/2 batang lobak merah
1 biji lada besar
1/2 biji bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dibelah 2)
1 Sb sos tiram
Debu kunyit
Garam
Minyak

Cara-cara

1. Potong ayam menjadi kecil. Selepas itu basuh ayam sehingga bersih. Gaul ayam tadi dengan debu kunyit dan garam.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 80% masak. Angkat dan toskan ayam.

3. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Masukkan sos tiram dan kacau.

4. Potong dan basuh jagung kecil, lobak merah dan lada ke dalam kuali. Selepas itu masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Perasa dengan sedikit garam.

5. Bila ayam dan sayur sudah masak sepenuhnya, boleh dihidangkan.

*Kalau uolls nak letak sayur lain (kubis, brokoli, etc) pun boleh je. Ikut citarasa uolls ye.

Monday, December 18, 2017

Resepi Kerabu Mangga Simple

Resepi Kerabu Mangga Simple Versi Hana




Bahan - bahan

1 Biji mangga muda (disagat halus)
1 Biji bawang merah (dimayang)
1 Biji lada besar (dihiris halus)
1/2 biji tomato (dipotong dadu)
2 Sb air perahan limau nipis @ cuka
1 Sb sos tiram
2 Sb udang kering @ ikan bilis goreng (optional)
Garam
Gula

Cara - cara

1. Masukkan magga muda yg telah disagat halus ke dalam bekas. Kemudian masukkan juga bawang merah, lada besar dan tomato yang telah dipotong.

2. Seterusnya masukkan air perahan limau nipis @ cuka, sos tiram, garam dan gula. Gaul sehingga semua sebati.
* Jika rasa kurang, uolls boleh tambah lagi air perahan limau @ gula @ garam.

3. Akhir sekali, jika uolls suka, boleh masukkan udang kering @ ikan bilis yang telah digoreng ke dalam kerabu mangga.
*Tak nak letak pun tak apa


Ni cara hana buat kerabu mangga yang sangat2 simple. Sebab hana kalau mangga ni tak buat kerabu pun hana makan terus je dengan nasi. Sedap sangat2 makan nasi + mangga muda. Heee. Tu je untuk post ni.

Bye2.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Simple

Ketam Masak Lemak Cili Padi



Bahan - bahan
7-10 ekor ketam
1 Ulas bawang putih
1 Biji bawang besar
1 Inch kunyit hidup
5-7 biji cili api (kalau nak pedas lagi boleh tambah)
2 Cawan santan kelapa (yang diparut)
1 keping asam keping
3/4 sk serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan cili api sehingga lumat.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi. Bila dah naik bau, masukkan asam keping dan ketam. Kacau sementara.

3. Bila ketam dah separuh masak, masukkan santan tadi dan kacau supaya santan tidak pecah minyak.

4. Kemudian, bila kuah mendidih, masukkan garam dan gula. Kacau lagi supaya sebati dan yang paling penting santan tidak pecah minyak.

5. Akhir sekali, bila ketam dah masak sepenuhnya, tutup api dan hidangan siap untuk dihidangkan.

Friday, December 15, 2017

Sweet Sour Chicken Recipe

Morning.

Kali ni hana nak share resepi ayam sweet sour simple. Simple sangat2 resepi ni. So oulls boleh la tengok.

Bahan-bahan
4 Ketul dada ayam (dipotong nipis)
2 Biji bawang putih (dibelah 2 dan diketuk)
1 Biji bawang besar (dihiris bulat2)
1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 Biji tomato (dibelah 8)
2 Biji lada besar (dihiris halus)
2 Sudu sos tiram
2 Sudu sos cili
2 Sudu air perahan limau nipis
Gula
Garam
Air
Minyak

Cara-cara
1. Gaul ayam yang telah dipotong dengan sedikit garam dan minyak. Kemudian bakar ayam sekejap sehingga masak di dalam oven / kuali. ( Hana bakar dalam kuali je). Bakar ayam lebih kurang dalam 5-7 minit sahaja sebab bahagian dada ayam cepat masak.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian, tumis bawang putih sekejap. Seterusnya masukkan bawang merah dan lada besar. Kacau sekejap dan masukkan lobak merah

3. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan air perahan limau nipis dan tomato. Masukkan garam dan gula.  Rasa ikut citarasa uolls tapi pastikan ada rasa masam manis. Tunggu sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api.

5. Susun ayam yang telah masak di dalam pinggan. Kemudian letakkan kuah tadi di atas ayam. Siap untuk dihidangkan.


Ayam dah tertimbus kat bawah. Haha

Wednesday, December 13, 2017

Kegunaan Vaseline Petroleum Jelly

Assalamualaikum.

Hai lama hana tak update blog. Nak update tapi sebab demam tangguh dulu. Ni pun tengah batuk + selsema lagi. Tapi sebab tak nak blog berhabuk, update juga la.

Kali ni hana nak share petua untuk kecantikan dengan menggunakan vaseline petroleum jelly.



Uolls boleh la try buat mane yang boleh. 


1. Melembutkan tapak kaki
- Sapu vaseline di telapak kaki seeloknya sebelum tidur.

2. Memanjangkan & menebalkan bulu mata.
- Sapu tipis2 vaseline pada bulu mata di malam hari. Cara ini dapat memanjangkan dan menebalkan bulu mata jika pakai secara teratur.

3. Melembutkan kulit siku
- Ambil sedikit vaseline dan sapu pada siku setiap hari.

4. Melembapkan bibir pecah
- Jika bibir pecah, sapu vaseline secara merata pada area bibir yang pecah.

5. Membuat perfume tahan lama
- Sapu vaseline di bahagian yang anda hendak sembur perfume. Biasanya di tangan dan leher.

6. Melembabkan kulit kering
- Selepas mandi, sapu vaseline secukupnya pada bahagian kulit yang selalu nampak kering.

7. Melembutkan kulit lutut
- Sapu pada lutut setiap hari supaya lutut anda kelihatan cantik.

8. Membuat scrub
- Campur garan laut dan vaseline. Gunakan sebelum mandi supaya dapat menyegarkan wajah anda.

9. Krim malam
- Vaseline juga sangat efektif dan baik untuk dijadikan sebagai krim malam.

10. Make up remover
- Celup kapas di dalam kotak vaseline dan sapu pada wajah supaya make up akan mudah untuk ditanggalkan.

11. Melembabkan pipi sebelum memakai blusher
- Sapu di bahagian pipi sebelum memakai blusher. Pipi akan menjadi lembab dan bersinar.

12. Menutup hujung rambut yang rosak
- Ambil vaseline dan sapukan di hujung rambut. Ia dapat menutupi hujung2 rambut yang rosak.

13. Merawat kesan luka
- Sapukan vaseline pada kawasan luka yang sudah kering.

14. Membuang blackhead
- Sapu pada bahagian hidung. Letak plastik pada hidung dan tuam dengan kain basah yang telah di rendam di dalam air panas selama 5 minit.

Tuesday, December 5, 2017

Resepi Egg Mayo

Resepi Egg Mayo Tanpa Sayur

Bahan-bahan
2 biji telur ayam
Mayonis
Roti keping
Garam
Lada sulah/lada hitam

Cara-cara
1. Rebus telur sehingga masak.

2. Kemudian lenyekkan telur mengunakan sudu/garfu sehingga hancur.

3. Masukkan mayonis ke dalam bekas berisi telur tadi dan gaul sehingga sebati.

4. Seterusnya masukkan sedikit garam dan lada sulah/lada hitam ikut citarasa anda.

5. Potong roti secara menyerong dan letakkan egg mayo tadi ke dalam roti. Siap untuk dimakan.




Monday, December 4, 2017

Resepi Ikan Sardin Campur Ubi Kentang

Selamat petang. Hari ni isnin dah kerja la. Tapi hari ni hana sorang je kat opis. Kerja pun semua dah settle. Bosan dah tak tahu nak buat apa. So hana update blog la. Nak share resepi dengan uolls.

Hari ni hana share cara nak masak makanan dalam tin. Actually cara nak menyedapkan lagi makanan dalam tin. Betul tak la ayat tu. Jom la tengok kat bawah.


Resepi Ikan Sardin

Bahan-bahan
1 tin ikan sardin (jenama apa2 pun boleh)
1 biji bawang merah (dimayang)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 biji lada besar
2 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
½ cawan air
Garam
Gula

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah yang telah dimayang. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.

2. Seterusnya masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Masukkan juga sedikit air supaya tidak hangit. Buka tin sardine dan masukkan kuah @ sos di dalam tin ke dalam kuali. Jangan masukkan ikan sardin ke dalam kuali lagi.

3. Tunggu sehingga mendidih. Kalau uolls suka kuah sardin yang cair boleh tambahkan sedikit lagi air. Tetapi kalau uolls suka kuah pekat, tak perlu tambah air lagi.

4. Bila dah mendidih masukkan ikan sardin ke dalam kuali. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Akhir sekali masukkan bawang besar, tomato dan cili yang telah dipotong. Masak lebih kurang 5 minit lagi sebelum menutup api. Siap untuk dihidangkan.