Kali ni hana nak share resepi ayam sweet sour simple. Simple sangat2 resepi ni. So oulls boleh la tengok.
Bahan-bahan
4 Ketul dada ayam (dipotong nipis)
2 Biji bawang putih (dibelah 2 dan diketuk)
1 Biji bawang besar (dihiris bulat2)
1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 Biji tomato (dibelah 8)
2 Biji lada besar (dihiris halus)
2 Sudu sos tiram
2 Sudu sos cili
2 Sudu air perahan limau nipis
Gula
Garam
Air
Minyak
Cara-cara
1. Gaul ayam yang telah dipotong dengan sedikit garam dan minyak. Kemudian bakar ayam sekejap sehingga masak di dalam oven / kuali. ( Hana bakar dalam kuali je). Bakar ayam lebih kurang dalam 5-7 minit sahaja sebab bahagian dada ayam cepat masak.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian, tumis bawang putih sekejap. Seterusnya masukkan bawang merah dan lada besar. Kacau sekejap dan masukkan lobak merah
3. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan air perahan limau nipis dan tomato. Masukkan garam dan gula. Rasa ikut citarasa uolls tapi pastikan ada rasa masam manis. Tunggu sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api.
5. Susun ayam yang telah masak di dalam pinggan. Kemudian letakkan kuah tadi di atas ayam. Siap untuk dihidangkan.
![]() |
Ayam dah tertimbus kat bawah. Haha |
No comments:
Post a Comment