Wednesday, December 20, 2017

Resepi Masakan Kampung

Morning.

Hari ni hana nak share resepi makanan kampung. Satu set makanan. Sesuai untuk lunch @ dinner. Ada enam resepi semuanya. Jom tengok bawah ada apa.





MENU 1 : Resepi Ikan Singgang

Bahan-bahan

1 Ekor ikan tongkol (dipotong)
1/2 Inchi lengkuas
1/2 Inchi kunyit hidup
1 Biji lada besar (dihiris panjang & biji lada dibuang)
1 Biji bawang besar (dibelah 4)
1 Ulas bawang putih (dibelah 2)
3/4 Sk kunyit debu
2 Keping asam keping
2 Biji bendi (dipotong 2)
Air
Garam

Cara-cara

1. Sediakan periuk yang berisi air lebih kurang 1/2 periuk di atas dapur. Masukkan bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup yang telah diketuk ke dalam periuk. Masukkan juga asam keping. Tunggu sehingga air mendidih. 

2. Bila air dah mendidih, masukkan ikan yang telah dipotong dan dibersihkan tadi ke dalam periuk.

3. Kemudian, masukkan juga kunyit debu, bendi, lada besar dan bawang besar. Biar seketika.
*Kalau tak nak letak bendi pun tak apa.

4. Seterusnya masukkan garam sebagai perasa. Bila ikan dan bendi dah masak, tutup api.

*Tip : jangan kacau selalu supaya ikan tak hancur.


MENU 2 : Resepi Kerabu Mangga

Bahan-bahan

1 Biji mangga muda (disagat halus)
1 Biji bawang merah (dimayang)
1 Biji lada besar (dihiris halus)
1/2 biji tomato (dipotong dadu)
2 Sb air perahan limau nipis @ cuka
1 Sb sos tiram
2 Sb udang kering @ ikan bilis goreng (optional)
Garam
Gula

Cara-cara

1. Masukkan magga muda yg telah disagat halus ke dalam bekas. Kemudian masukkan juga bawang merah, lada besar dan tomato yang telah dipotong.

2. Seterusnya masukkan air perahan limau nipis @ cuka, sos tiram, garam dan gula. Gaul sehingga semua sebati.
* Jika rasa kurang, uolls boleh tambah lagi air perahan limau @ gula @ garam.

3. Akhir sekali, jika uolls suka, boleh masukkan udang kering @ ikan bilis yang telah digoreng ke dalam kerabu mangga.
*Tak nak letak pun tak apa


MENU 3 : Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan

3 Biji lada besar
5-7 Biji cili padi (boleh letak lebih kalau nak lagi pedas)
1/2 Inchi belacan
1 Biji bawang merah
3/4 Biji tomato
2 Sb cuka
2 Sb air
Gula
Garam

Cara-cara

1. Tumbuk lada besar, cili padi, belacan, bawang merah dan tomato. Tumbuk sampai 80% lumat.
*jangan lumat sangat nanti tak sedap.

2. Kemudian bila dah hampir lumat, masukkan cuka, garam dan gula.

3. Akhir sekali masukkan sedikit air. Kacau sehingga semua sebati sebelum dimasukkan ke dalam bekas.


MENU 4 : Resepi ayam goreng kecil campur bawang

Bahan-bahan

3-5 ketul ayam (potong ayam tadi kecil2)
1 Sk kunyit debu
1 Sk garam
1 Biji bawang besar (dimayang)
Minyak

Cara-cara

1. Bersihkan ayam yang telah dipotong kecil2. Gaul ayam dengan garam dan kunyit debu.

2. Panaskan kuali dan goreng ayam tadi. Bila ayam dah 80% masak, masukkan bawang yang telah dimayang tadi ke dalam kuali yang berisi ayam.
*Jangan letak bawang awal2 sebab tak nak bawang hangit kalau digoreng lama sangat.

3. Bila ayam dah masak 100%, angkat dan toskan semuanya.


MENU 5 : Resepi Terung Celur

Bahan-bahan

2 Biji Terung
Air

Cara-cara

1. Potong terung ikut citarasa masing2. Kemudian masukkan terung ke dalam periuk yang berisi 1/2 air.

2. Celur terung (rebus) sehingga terung jadi lembut.


MENU 6 : Resepi Ikan goreng

Bahan-bahan

1 Ekor ikan
1 Sk garam
1 Sk kunyit debu

Cara-cara

1. Bersihkan ikan. Kemudian gaulkan ikan dengan garam dan debu kunyit.

2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga masak.


* Kalau nak lagi sedap, uolls bolehla tambah ulam2. Macam ni hana tambah timun & pucuk pegaga.



Tuesday, December 19, 2017

Ayam Bakar Simple

Roasted Chicken & Vegetables Recipe

Hye uolls.

Okay hari ni Hanna nak share resipi ayam bakar. Since Hanna selalu excited bila tengok rancangan memasak yang selalu baked ayam seekor kat dalam oven. Selalu bagitahu mak, jom kita try buat. Tapi last2 tak buat juga. Sebabnya yela kalau masak ayam seekor kat umah peratusan nak habis makan tu 50% je. Yang memang duduk kat rumah mak ayah jenis tak makan banyak. So makanan masak sikit pun selalu tak habis. Huhu

Mak cik Hanna kadang selalu gelak kat mak bila mak cakap ikan kalau beli sekilo nak habis 2,3 hari. Kadang seminggu. Sebabnya mak cik Hanna walaupun kat rumah dia anak2 x ramai tapi sekali masak seperiuk nasi, ikan sekilo memang habis sehari. Hahaha.

Okay2, Kita sambung balik pasal ayam tadi. Satu hari tu punya la rasa nak juga baked a whole chicken. Then bila Hanna bagitahu mak, mak cakap buat la. Sebab masa tu anak2 buah ada dan abang ipar pun ada. So masak lebih sikit pun tak apa.

Kalau nak try resepi baru Hanna suka buat research dulu. Benda first yang Hanna buat search resepi, sebab masa tengok kat rancangan memasak tu dah lama. Tak ingat sangat dah. Hanna tanya pak cik google kot2 ad resepi yang senang. Tapi tak puas hati lagi, Hanna search Youtube, tengok 4,5 video.

Hanna suka tengok video orang putih masak sebab diaorang masak memang power plus superb. Walaupun ada antara bahan2 yang diaorang guna tak ada kat Malaysia dan ada sesetengah tu tak halal la untuk kita org islam, Hanna tak kisah. Maksud tak kisah tu kita boleh gantikan benda2 tu dengan bahan2 lain yang senang kita nak dapat dan halal. Hanna memang jenis yang masak tak suka ikut full resepi sebab Hanna akan olah balik resepi tu dengan menggabungkan 2,3 resepi yang Hanna rujuk. Hanna suka jadikan resepi tu simple dan mudah untuk masak nanti. So hasil yang Hanna dapat ada kat bawah ni.

Roasted Chicken & Vegetables by Hanna

Bahan-bahan

1 ekor ayam
1sb serbuk cili
1sb serbuk bwg putih (kalau x ada boleh tumbuk bawang putih je)
1sb serbuk lada hitam
1sb sos tiram
1sb sos tomato
1sb sos cili
1/2 sb gula
1sb garam
1 biji bawang besar
1/2 biji lemon
Minyak
Sayur-sayuran (Ubi kentang, Bunga Kobis @ apa2 je yg korang suka)

Cara-cara

1. Basuh ayam bersih2 & buang organ dalaman ayam.

2. Masukan serbuk cili, serbuk bawang putih @ bawang putih, serbuk lada hitam, sos tiram, sos tomato, sos cili, gula & garam ke dalam bekas. Kemudian gaul sehingga sebati.

3. Lumur minyak pada semua bahagian ayam td. Kemudian lumurkan bahan2 perapan ayam td. Perap ayam selama 1-2 jam.

4. Perah jus lemon ke dalam ayam. Potong bawang besar kepada 4 bahagian & masukkan ke dalam ayam. Ikat kaki ayam dengan tali.

5. Potong sayur-sayuran. Masukkan sedikit minyak ke dalam dalam kuali. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong td. Masukkan sedikit garam & serbuk lada hitam. Goreng sayur-sayuran td sekejap sahaja lbh kurang 1-2 minit. Angkat dan ketepikan.

6. Letakkan ayam ke dalam dulang pembakar. Kemudian letak sayur-sayuran tadi di tepi ayam.

7. Bakar pada suhu 180 c selama 1 jam @ sehingga masak.


Ni la hasil masa first hanna try masak ni. Alhamdulillah habis seekor kitaorang makan. Makan saja tanpa nasi pun sedap.


Masa bulan puasa hari tu pun hanna ada buat lagi tau. Hanna buat dua ekor sebab masa tu semua adik beradik balik and kumpul kat rumah mak ayah berbuka sama-sama. Penat jugak hanna buat sorang2 dua ekor sekaligus tapi berbaloi sebab habis licin semua makan.




Jus Epal Homemade

Jus Epal Homemade




Bahan-bahan

2 Biji Epal Merah
2 Senduk gula
1 Cawan air masak
1 Cawan ais

Cara-cara

1. Kupas kulit epal dan potong epal kecil2 supaya senang nak kisar nanti. Masukkan epal yang telah dipotong ke dalam blender. Tapi masukkan hanya 1 biji setengah sahaja sebab yang selebihnya untuk diletakkan di bahagian atas nanti.

2. Masukkan juga gula dan air ke dalam blender. Kemudian kisar sehingga lumat.

3. Masukkan 1/2 cawan ais ke dalam blender dan kisar lagi.

4. Sediakan gelas yg berisi ais (ais separuh gelas sahaja) dan tuangkan jus epal yang telah siap dikisar tadi.

5. Letakkan epal yang selebihnya tadi ke bahagian atas jus. Siap untuk diminum.

Resepi Ayam Goreng Kunyit Campur Sayur

Assalamualaikum.

Pagi2 ni hana nak share resepi masakan ayam yang simple dan cepat.


Ayam Goreng Campur Sayur

Masakkan yang paling senang + sedap. Ni salah satu favourite hana juga.


Bahan-bahan

3-5 ketul ayam
2 biji jagung kecil
1/2 batang lobak merah
1 biji lada besar
1/2 biji bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dibelah 2)
1 Sb sos tiram
Debu kunyit
Garam
Minyak

Cara-cara

1. Potong ayam menjadi kecil. Selepas itu basuh ayam sehingga bersih. Gaul ayam tadi dengan debu kunyit dan garam.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 80% masak. Angkat dan toskan ayam.

3. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Masukkan sos tiram dan kacau.

4. Potong dan basuh jagung kecil, lobak merah dan lada ke dalam kuali. Selepas itu masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Perasa dengan sedikit garam.

5. Bila ayam dan sayur sudah masak sepenuhnya, boleh dihidangkan.

*Kalau uolls nak letak sayur lain (kubis, brokoli, etc) pun boleh je. Ikut citarasa uolls ye.

Monday, December 18, 2017

Resepi Kerabu Mangga Simple

Resepi Kerabu Mangga Simple Versi Hana




Bahan - bahan

1 Biji mangga muda (disagat halus)
1 Biji bawang merah (dimayang)
1 Biji lada besar (dihiris halus)
1/2 biji tomato (dipotong dadu)
2 Sb air perahan limau nipis @ cuka
1 Sb sos tiram
2 Sb udang kering @ ikan bilis goreng (optional)
Garam
Gula

Cara - cara

1. Masukkan magga muda yg telah disagat halus ke dalam bekas. Kemudian masukkan juga bawang merah, lada besar dan tomato yang telah dipotong.

2. Seterusnya masukkan air perahan limau nipis @ cuka, sos tiram, garam dan gula. Gaul sehingga semua sebati.
* Jika rasa kurang, uolls boleh tambah lagi air perahan limau @ gula @ garam.

3. Akhir sekali, jika uolls suka, boleh masukkan udang kering @ ikan bilis yang telah digoreng ke dalam kerabu mangga.
*Tak nak letak pun tak apa


Ni cara hana buat kerabu mangga yang sangat2 simple. Sebab hana kalau mangga ni tak buat kerabu pun hana makan terus je dengan nasi. Sedap sangat2 makan nasi + mangga muda. Heee. Tu je untuk post ni.

Bye2.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Simple

Ketam Masak Lemak Cili Padi



Bahan - bahan
7-10 ekor ketam
1 Ulas bawang putih
1 Biji bawang besar
1 Inch kunyit hidup
5-7 biji cili api (kalau nak pedas lagi boleh tambah)
2 Cawan santan kelapa (yang diparut)
1 keping asam keping
3/4 sk serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan cili api sehingga lumat.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi. Bila dah naik bau, masukkan asam keping dan ketam. Kacau sementara.

3. Bila ketam dah separuh masak, masukkan santan tadi dan kacau supaya santan tidak pecah minyak.

4. Kemudian, bila kuah mendidih, masukkan garam dan gula. Kacau lagi supaya sebati dan yang paling penting santan tidak pecah minyak.

5. Akhir sekali, bila ketam dah masak sepenuhnya, tutup api dan hidangan siap untuk dihidangkan.

Friday, December 15, 2017

Sweet Sour Chicken Recipe

Morning.

Kali ni hana nak share resepi ayam sweet sour simple. Simple sangat2 resepi ni. So oulls boleh la tengok.

Bahan-bahan
4 Ketul dada ayam (dipotong nipis)
2 Biji bawang putih (dibelah 2 dan diketuk)
1 Biji bawang besar (dihiris bulat2)
1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 Biji tomato (dibelah 8)
2 Biji lada besar (dihiris halus)
2 Sudu sos tiram
2 Sudu sos cili
2 Sudu air perahan limau nipis
Gula
Garam
Air
Minyak

Cara-cara
1. Gaul ayam yang telah dipotong dengan sedikit garam dan minyak. Kemudian bakar ayam sekejap sehingga masak di dalam oven / kuali. ( Hana bakar dalam kuali je). Bakar ayam lebih kurang dalam 5-7 minit sahaja sebab bahagian dada ayam cepat masak.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian, tumis bawang putih sekejap. Seterusnya masukkan bawang merah dan lada besar. Kacau sekejap dan masukkan lobak merah

3. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan air perahan limau nipis dan tomato. Masukkan garam dan gula.  Rasa ikut citarasa uolls tapi pastikan ada rasa masam manis. Tunggu sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api.

5. Susun ayam yang telah masak di dalam pinggan. Kemudian letakkan kuah tadi di atas ayam. Siap untuk dihidangkan.


Ayam dah tertimbus kat bawah. Haha

Wednesday, December 13, 2017

Kegunaan Vaseline Petroleum Jelly

Assalamualaikum.

Hai lama hana tak update blog. Nak update tapi sebab demam tangguh dulu. Ni pun tengah batuk + selsema lagi. Tapi sebab tak nak blog berhabuk, update juga la.

Kali ni hana nak share petua untuk kecantikan dengan menggunakan vaseline petroleum jelly.



Uolls boleh la try buat mane yang boleh. 


1. Melembutkan tapak kaki
- Sapu vaseline di telapak kaki seeloknya sebelum tidur.

2. Memanjangkan & menebalkan bulu mata.
- Sapu tipis2 vaseline pada bulu mata di malam hari. Cara ini dapat memanjangkan dan menebalkan bulu mata jika pakai secara teratur.

3. Melembutkan kulit siku
- Ambil sedikit vaseline dan sapu pada siku setiap hari.

4. Melembapkan bibir pecah
- Jika bibir pecah, sapu vaseline secara merata pada area bibir yang pecah.

5. Membuat perfume tahan lama
- Sapu vaseline di bahagian yang anda hendak sembur perfume. Biasanya di tangan dan leher.

6. Melembabkan kulit kering
- Selepas mandi, sapu vaseline secukupnya pada bahagian kulit yang selalu nampak kering.

7. Melembutkan kulit lutut
- Sapu pada lutut setiap hari supaya lutut anda kelihatan cantik.

8. Membuat scrub
- Campur garan laut dan vaseline. Gunakan sebelum mandi supaya dapat menyegarkan wajah anda.

9. Krim malam
- Vaseline juga sangat efektif dan baik untuk dijadikan sebagai krim malam.

10. Make up remover
- Celup kapas di dalam kotak vaseline dan sapu pada wajah supaya make up akan mudah untuk ditanggalkan.

11. Melembabkan pipi sebelum memakai blusher
- Sapu di bahagian pipi sebelum memakai blusher. Pipi akan menjadi lembab dan bersinar.

12. Menutup hujung rambut yang rosak
- Ambil vaseline dan sapukan di hujung rambut. Ia dapat menutupi hujung2 rambut yang rosak.

13. Merawat kesan luka
- Sapukan vaseline pada kawasan luka yang sudah kering.

14. Membuang blackhead
- Sapu pada bahagian hidung. Letak plastik pada hidung dan tuam dengan kain basah yang telah di rendam di dalam air panas selama 5 minit.

Tuesday, December 5, 2017

Resepi Egg Mayo

Resepi Egg Mayo Tanpa Sayur

Bahan-bahan
2 biji telur ayam
Mayonis
Roti keping
Garam
Lada sulah/lada hitam

Cara-cara
1. Rebus telur sehingga masak.

2. Kemudian lenyekkan telur mengunakan sudu/garfu sehingga hancur.

3. Masukkan mayonis ke dalam bekas berisi telur tadi dan gaul sehingga sebati.

4. Seterusnya masukkan sedikit garam dan lada sulah/lada hitam ikut citarasa anda.

5. Potong roti secara menyerong dan letakkan egg mayo tadi ke dalam roti. Siap untuk dimakan.




Monday, December 4, 2017

Resepi Ikan Sardin Campur Ubi Kentang

Selamat petang. Hari ni isnin dah kerja la. Tapi hari ni hana sorang je kat opis. Kerja pun semua dah settle. Bosan dah tak tahu nak buat apa. So hana update blog la. Nak share resepi dengan uolls.

Hari ni hana share cara nak masak makanan dalam tin. Actually cara nak menyedapkan lagi makanan dalam tin. Betul tak la ayat tu. Jom la tengok kat bawah.


Resepi Ikan Sardin

Bahan-bahan
1 tin ikan sardin (jenama apa2 pun boleh)
1 biji bawang merah (dimayang)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 biji lada besar
2 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
½ cawan air
Garam
Gula

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah yang telah dimayang. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.

2. Seterusnya masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Masukkan juga sedikit air supaya tidak hangit. Buka tin sardine dan masukkan kuah @ sos di dalam tin ke dalam kuali. Jangan masukkan ikan sardin ke dalam kuali lagi.

3. Tunggu sehingga mendidih. Kalau uolls suka kuah sardin yang cair boleh tambahkan sedikit lagi air. Tetapi kalau uolls suka kuah pekat, tak perlu tambah air lagi.

4. Bila dah mendidih masukkan ikan sardin ke dalam kuali. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Akhir sekali masukkan bawang besar, tomato dan cili yang telah dipotong. Masak lebih kurang 5 minit lagi sebelum menutup api. Siap untuk dihidangkan.


Friday, November 24, 2017

Resepi Ketam Masak Merah Simple

Selamat pagi.

Satu lagi masakan favourite hana yang hana nak share dengan uolls iaitu ketam masak merah. Kalau seafood hana memang makan ketam je. Yang lain2 macam sotong, kerang, lala, udang dan sebagainya tu hana memang tak makan. Tapi kalau ketam memang suka gila2. Haha.

Hana suka buat ketam masak merah dan gulai lemak cili api ketam. Dua2 tu memang best. Hari ni hana nak share resepi ketam masak merah dahulu. Nanti lepas2 ni hana share resepi gulai lemak cili api ketam pula ye.

Jom kita usha resepi ketam masak merah kat bawah ni.


Bahan-bahan
8-10 ekor ketam
Debu kunyit
1 Sb kicap
1 Sb sos tiram
2 Biji lada besar (dihiris memanjang)
1 Biji bawang besar (dipotong bulat)
1 Tangkai daun sup
Garam
Gula

Bahan Kisar
5 Biji bawang merah
5 Ulas bawang putih
2 Biji Bawang besar
1 Inch halia
15 tangkai cili kering (boleh guna cili kisar)

Cara-cara

1. Lumur garam dan debu kunyit pada ketam. Panaskan minyak dan goreng ketam sampai warna ketam bertukar. Angkat ketam dan toskan.

2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak untuk menumis. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.

3. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sekejap dan masukkan sedikit air agar tidak hangit. Bila kuah dah agak pekat, masukkan ketam yang telah digoreng tadi beserta gula dan garam.

4. Seterusnya masukkan lada besar dan bawang besar. Kacau sehingga sebati. Selepas 2 minit, tutup api dan hidangkan. Taburkan daun sup untuk hiasan (optional).



Wednesday, November 22, 2017

Jus Mangga Homemade

Hello2. Hai uolls busy ke. Waktu2 macam ni rasa mengantuk lak kan. Hana nak bagi hilang mengantuk ni, so hana share resepi la. Hari ni hana nak share cara nak buat jus favourite hana. Hihi. Jom tengok bawah.



Jus Mangga Homemade

Bahan-bahan

2 Biji mangga masak
2 Senduk gula
1 Cawan air masak
1 Cawan ais

Cara-cara

1. Kupas kulit mangga dan potong mangga kecil2 supaya senang nak kisar nanti. Masukkan mangga yang telah dipotong ke dalam blender. Tapi masukkan hanya 1 biji setengah sahaja sebab yang selebihnya untuk diletakkan di bahagian atas nanti.

2. Masukkan juga gula dan air ke dalam blender. Kemudian kisar sehingga lumat.

3. Masukkan 1/2 cawan ais ke dalam blender dan kisar lagi.

4. Sediakan gelas yg berisi ais (ais separuh gelas sahaja) dan tuangkan jus mangga yang telah siap dikisar tadi.

5. Letakkan mangga yang selebihnya tadi ke bahagian atas jus. Siap untuk diminum.

Tuesday, November 21, 2017

Resepi Paprik Ayam Banjir Simple

Hi guys..

Bila hana rajin macam ni la. Tiap2 hari update blog. Kadang 2,3 post sehari. Tapi bila time malas tu datang seminggu tak ada satu pun kan. Haha. Biasa la uolls, update blog pun kena tunggu kerajinan tu datang dulu. Haha.

Mmm uolls suka makan paprik tak? Haa suka la kan. Tapi paprik ni kadang nak buat leceh sikit sebab banyak bahan and step. Semalam turn hana yang masak. Stress kan bila kita duk fikir2 tapi tak tahu nak masak apa.

Awal2 tu hana ingat just nak buat ayam masak merah je. Sebab kalau nak buat paprik pun tak cukup bahan. Daun limau purut, serai dan ada lagi2 bahan lain tak ada. Rasa dah give up dah tak nak buat paprik and buat ayam masak merah je. Masak pun dah separuh jalan dah ni. But tetiba idea datang. Tengok sayur2 yang ada, perencah tomyam pun ada lagi sikit, apa kata hana try je buat. Hana masak dah separuh jalan dah masa tu kan, then dalam hati aku try jela, apa2 pun yang penting tawakal. Hehehe.

Then hana pun sediakan bahan2 lain and campak2 dalam kuali. Hana ejas rasa bagi rasa masam2 sikit letak air perahan limau nipis. Alhamdulillah rasanya okay. Sedap juga sebab memang licin kitaorg makan. Hehe.

Resepi hana ni memang sesuai untuk yang baru nak belajar masak and yang suka cari idea nak masak apa last minute. Sebab hana just guna bahan apa yang ada je.

Kat bawah ni hana dah tulis resepi untuk uolls tengok. Hana dah tulis step2 tu elok2 dah. Uolls tak perlu nak campak2 last minute macam hana. Boleh prepare dari awal. Hihi. Uolls scroll bawah ye untuk tengok resepi paprik ayam banjir.



Resepi Paprik Ayam Banjir

Bahan-bahan

Ayam (dipotong kecil)
1 Ulas bawang merah (dimayang)
2 Ulas bawang putih (dibelah 2 & diketuk)
3 Sb cili kisar
2 Sb sos cili
1 Sb pes tomyam
1 Sb sos tomato
1 Sb sos tiram
1/2 Batang lobak merah
1/2 Ikat kacang panjang / kacang buncis
5 -7 Tangkai cili padi (dipotong kecil)
3 Cawan air
1 Sb air perahan limau nipis
1 Biji tomato (dibelah 4)
Garam
Gula
Minyak

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sekejap sehingga naik bau.

2. Seterusnya, masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan kacau. Biarkan dalam 2-3 minit.

3. Kemudian, masukkan cili kisar, pes tomyam, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masukkan juga 3 cawan air. Tutup kuali dengan penutup dan biarkan 5 minit supaya ayam masak sepenuhnya.

** Mesti ada yang cakap 3 cawan banyak kan. Tapi okay je sebab nanti lama bila kuah dah pekat tak banyak sangat pun. Yang paling penting kena letak air banyak sebab nama resepi ni PAPRIK AYAM BANJIR. Haaaha.

4. Selepas 5 minit, masukkan lobak merah, kacang panjang / kacang buncis dan cili padi. Kacau supaya semua bahan2 jadi sebati.

5. Bila sayur dah separuh masak, masukkan garam, gula dan air perahan limau nipis sebagai perasa.

6. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau sekejap sebelum tutup api. Siap untuk dihidang.

** Kalau uolls nak lagi berselera makan nasi, uolls boleh tambah telur dadar dalam menu. Paprik + telur dadar = 2 pinggan nasi (tu equation hana reka, cikgu tak ajar kat sekolah ye. Hihi)



Ni ha paprik ayam banjir yang hana masak. Uolls cuba la nanti ye.

Monday, November 20, 2017

Nasi Goreng Daging

Assalamualaikum..

Morning sunshine. Hari ni hari isnin dah. Kerja dah la kita. Haa jangan monday blues ye uolls. Be happy and energetic. Haha. Pandai je hana ni nak cakap jangan monday blues, padahal hana setiap hari isnin mesti monday blues. Sebabnya tak puas cuti weekend. Tapi apa2 pun tak elok kan selalu monday blues. Asyik moody je..

Hana tak nak bagi moody or nak hilangkan rasa bosan, hana blogging je. Share resepi dengan uolls. Nak blogging pasal benda lain, hana tak ada idea lagi. So buat masa sekarang, hana blogging and share pasal resepi je dulu ye. InshaAllah lepas ni hana cuba share pasal benda2 lain.

So hari ni nak belajar masak apa?? Curious ke tak? Haa hari ni kita belajar masak nasi goreng favourite hana. Haha. Tak ada la favourite sangat tapi bolehla. Hana nak share cara nak masak Nasi Goreng Daging. Ni masa Hari Raya Haji uolls boleh masak sebabnya banyak dapat daging kan. Heee. Ni nasi goreng daging yang hana dah siap masak. As usual, resepi kat bawah.



Resepi Nasi Goreng Daging

Bahan-bahan

Daging (dipotong kecil2)
2 Pinggan nasi
1 Biji tomato
2 Biji lada besar
1/2 Batang lobak merah
3/4 Biji kubis
2 Ulas bawang putih (diketuk)
2 Biji telur
1 Batang timun
1 Sb sos tiram
1/2 mangkuk kecil minyak
Gula
Garam

Cara-cara

1. Rebus daging yang telah dipotong kecil terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian, angkat dan toskan daging. Simpan air rebusan daging untuk membuat nasi goreng.

2. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sekejap. Seterusnya masukkan daging yang telah direbus tadi.

3. Kemudian, masukkan sos tiram dan 1/2 cawan air rebusan daging. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. (Lebihkan garam sebab bila dah masukkan nasi, nasi akan serap rasa masin).

4. Seterusnya masukkan lobak merah, kubis dan lada yang telah dipotong. Kacau sekejap lebih kurang dalam 2-3 minit.

5. Agak2 bila sayur sudah separuh masak, masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Jika kurang rasa, masukkan lagi perasa iaitu garam dan gula supaya rasa dapat diseimbangkan.

6. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau lebih kurang dalam 1-2 minit sebelum tutup api. Angkat dan hidangkan nasi di dalam bekas.


*** Untuk hiasan (optional)***

- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan perasakan dengan sedikit garam. Pukul telur tadi sehingga sebati. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan goreng telur tadi sehingga masak. Selepas itu, hiris telur tadi ikut kreativiti @ citarasa uolls. Taburkan dia atas nasi goreng yang sudah masak tadi.


- Hiris timun dan susun di atas nasi goreng.

- Hiris lada besar dan taburkan di atas nasi goreng.

Saturday, November 18, 2017

Kek Apam Kukus

Selamat petang uolls.

Sekarang ni musim hujan kan, so nak keluar rumah pun rasa malas. Tapi bila hujan ni selalu rasa lapar kan. Hmm nak masak apa petang2 ni? Haa tak ada idea ke? Meh hana share apa yang uolls boleh masak.

Hana nak share cara buat kek apam kukus yang simple. Siapa yang tak ada ketuhar tu boleh la buat sebab hanya perlu guna periuk pengukus je. Yang paling penting buat ni guna bahan2 yang simple je. 5 bahan je uolls. Simple sangat2 dah ni. Jom kita usha bahan2 dan cara2 nak buat kek ni kat bawah.

Resepi Kek Apam Kukus

Bahan-bahan
3 Biji telur
1 Cawan gula
2 Cawan tepung gandum
1/2 sb baking powder
Pewarna

Cara-cara
1. Pecahkan telur dan putar telur sehingga kembang. Seterusnya masukkan gula dan putar lagi.

2. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit beserta baking powder. Kacau sehingga sebati.

3. Tuang adunan ke dalam bekas. Anda boleh tuangkan pewarna ke atas adunan sebagai corak.

4. Panaskan periuk pengukus. Kemudian masukkan bekas kek tadi ke dalam periuk dan kukus selama setengah jam @ sehingga masak.
* Cucuk kek mengunakan lidi untuk memastikan kek telah masak sepenuhnya. Jika tiada adunan melekat di lidi, maka kek telah masak, tetapi jika ada melekat, kek belum masak dan harus dikukus lagi.

5. Setelah masak, biarkan kek sejuk sementara sebelum dipotong.


Ni kek yang satu lapisan sahaja dan hanya buat corak kat atas.


Kalau uolls nak buat kek ni jadi lapisan warna warni pun boleh. Hana suka buat banyak lapisan supaya jadi lebih menarik.

Caranya uolls ikut je cara kat atas tetapi selepas step ke tiga uolls teruskan dengan step ni ye.


  • Uolls hanya perlu bahagikan dan asingkan adunan kepada 3 bekas. Letak pewarna yang berbeza ke dalam setiap mangkuk.

  • Kemudian, uolls panaskan periuk pengukus dan letakan lapisan pertama ke dalam bekas dan kukus.

  • Selepas 5 minit, masukkan lapisan kedua. Buat step ini sehingga habis adunan tadi.

  • Bila adunan terakhir sudah dimasukkan, kukus kek tersebut selama 20 minit lagi @ sehingga masak.

Ni hasil yang hana buat 3 lapisan. Kalau nak buat banyak lapisan lagi pun boleh.

Kek ni sesuai buat makan petang dan sesuai juga dihidang untuk tetamu yang datang berkunjung kat rumah uolls. 


Wednesday, November 15, 2017

Resepi Ikan Bakar Cicah Air Asam

Assalamualaikum.

Uolls tahu tak, ikan adalah makanan yang mempunyai protein tinggi dan rendah kalori. So makan ikan sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.

So hari ni hana nak share resepi masakan berasaskan ikan. Yang paling penting masakan hana ni simple sangat2. Jom usha kat bawah hana nak share resepi apa.


Resepi Ikan Bakar Cicah Air Asam

Ikan Bakar

Bahan-bahan
2-5 ekor ikan (boleh guna ikan apa sahaja yang uolls suka)
1sk garam
1sb kunyit debu (optional)

Cara-cara
1. Cuci ikan bersih2. Gaul garam dan kunyit dan lumur pada ikan.

2. Bakar ikan selama 5-10 minit @ sehingga ikan masak. Uolls boleh pilih sama ada nak bakar guna pemanggang ikan, kuali ajaib @ guna oven. Terpulang pada uolls.

Air asam

Bahan-bahan
1/2 mangkuk asam jawa
1 biji tomato (dipotong dadu)
2 biji bawang merah (dimayang)
1/2 inci belacan
10 tangkai cili padi
1 sb gula
1 sd garam
1 cawan air masak
2 sb cuka makan

Cara-cara
1. Bancuh asam jawa dengan air. Tapis dan ambil airnya. Kemudian masukkan ke dalam blender.

2. Masukkan separuh bahan-bahan seperti tomato, bawang merah dan cili padi ke dalam blender.

3. Kemudian, masukkan juga belacan, gula, dan garam ke dalam blender tadi dan kisar sehingga lumat.

4. Tuangkan air asam tadi ke dalam mangkuk dan masukkan cuka. Jika kurang rasa, tambah gula, garam dan cuka lagi.

5. Seterusnya masukkan tomato yang dipotong dadu, bawang merah yang telah dimayang dan cili padi yang telah dipotong halus ke dalam mangkuk yang berisi air asam. Kacau sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan.



Ni hana guna ikan kerisi ye. Nampak hitam sikit tapi bukan hangit ye. Hana suka bakar ikan bagi nampak hitam2 sikit. Baru namanya ikan bakar. Heeehe

Tuesday, November 7, 2017

Biskut Semperit @ Dahlia

Kalau zaman dulu2, biskut raya kita biasa jumpa time hari raya je kan. Susah nak dapat. Tapi sekarang ni tiap2 hari boleh buat and makan biskut @ kuih raya ni. Bukan tu je, makin lama makin banyak biskut raya yang baru dan makin sedap.

Hana biasa bila time raya, kuih raya yang ada semua kuih tunjuk je. Tunjuk kat pasar, kat facebook, instagram, lepas tu order je. Haha. Ni sebab malas and tak pandai nak buat sendiri. Tapi raya tahun ni, hana dah belajar buat kuih raya sikit2. Hana buat kuih semperit, conflakes, kek buah, kek butter dengan biskut suji. Tak la banyak sangat tapi bolehla sebab baru mencuba dan masih belajar.

So hari ni hana nak share dengan uolls cara nak buat kuih semperit @ dahlia. Kenapa hana nak share resepi kuih ni sebab resepi yang hana nak share ni senang sangat2. Ni hana dapat dari kawan hana. Memang cukup simple dan mudah untuk kita ikut resepi ni.

Haa uolls excited tak nak tengok resepi tu? Jom kita tengok apa bahan dan cara yang kita kena ikut untuk buat kuih semperit @ dahlia ni.


Bahan-bahan
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung kastard
- 1 cawan butter
- 1 sk eseb vanilla

Cara-cara
1. Masukkan susu pekat dan butter ke dalam bekas. Kemudian gaul sehingga sebati.

2. Selepas itu, masukkan esen vanilla. Gaul sehingga sebati.

3. Kemudian, masukkan tepung jagung dan tepung kastard sedikit demi sedikit. Gaul sehingga adunan tidak melekat di tangan anda. Jika adunan melekat, tambahkan tepung jagung.

4. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan dan bentukkan kuih anda. Untuk hiasan, boleh gunakan ceri, chocolate rice @ chocolate chip.

5. Bakar pada suhu 150 celcius dalam masa 15-20 minit @ sehingga masak.




Kalau uolls nak bagi kuah uolls lagi nampak menarik dab menyelerakan, bolehlah buat kuih senperit ni berwarna warni.

Macam hana, disebabkan kakak hana request nak kuih semperit warna biru, jadi hana pun buat la.

Step nak buat kuih semperit warna warni sama je macam kat atas cuma di step no 2 uolls perlu tambah pewarna yang uolls nak. Lepas tu boleh follow step lain seperti biasa.



Ni la semperit warna biru yang hana buat. Selamat mencuba.

Ikan Talapia Singgang Pedas

Hello guys. Dah lama tak blogging. Hana busy ngan konvo. Okay, siapa kat sini suka makan ikan? Mesti semua suka kan. Hana pun suka. Tapi hana suka makan ikan talapia dengan ikan sardin je. Ikan lain semua hana tak makan. Heheee. Nape erk?. Maybe ikan talapia ni sedap dari ikan lain kot. Rasa dia lemak2. Haa. Tapi hana suka makan ikan talapia yang goreng, masak 3 rasa dan bakar je. Kalau masak lain, hana tak makan.

Kali ni, hana share cara nak masak ikan talapia singgang pedas dulu. Walauoun tak makan ni, hana still masak ni. Hana kerap jugak masak ni sebab ni favourite ayah. So, kalau beli ikan talapia, ayah mesti cakap singgang pedas untuk ayah sikit. Haa sebab tula. Hana pun okay je sebab masak ni simple sangat2. Uolls yang baru nak belajar masak tu memang boleh try sebab simple.

Okayla, banyak lak bebel. Jom kita usha resepi ikan talapia singgang pedas kat bawah ni.


Bahan-bahan
- 2 ekor ikan talapia (1 ekor ikan dipotong kepada 3 bahagian)
- 1 ulas bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili padi (kalau nak lagi pedas boleh tambah lagi ikut citarasa masing2)
-2 inci kunyit hidup
-1 keping asam keping
- garam
- gula
- minyak

Cara-cara
1. Tumbuk bawang merah, putih, kunyit dan cili padi. Jangan terlalu lumat.

2. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan air. Lebih kurang dalam setengah periuk. Tunggu sehingga air mendidih, baru masukkan ikan talapia dan asam keping.

4. Seterusnya, masukkan garam dan gula secukupnya.

5. Biarkan sekejap dalam 10 minit @ sehingga ikan masak.


p/s : if korang nak guna ikan lain pun boleh je.


Rendang Ayam Simple

Assalamualaikum... (tak jawab dosa). Heee

Hari ni hana tak nak bebel panjang2. Hana just nak bagitahu cara nak masak rendang ayam yang simple. Ni hana tanya mak macam mana nak masak. Selebihnya biasa la hana tokok tambah sebab bila masak hana suka campak2 dan tambah bahan sendiri (bahan yang sesuai je).

Rendang Ayam Simple

Bahan-bahan
1 Ekor ayam
1 Kg santan
2 Sudu besar kerisik
1 Helai daun kunyit (optional)
Minyak
Garam
Gula
1 Keping asam keping
2 senduk cili kisar
Kayu manis
Puah pelaga
Bunga lawang
2 Batang serai

Bahan-bahan kisar
1/2 kg bawang besar
2 Labu bawang putih
2 Inci kunyit hidup
3 Inci halia
3 Inci lengkuas

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumus sehingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar dan serai. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam dan asam keping. Gaul rata sehingga ayam hampir masak. Seterusnya masukkan santan dan masak dengan api perlahan.

4. Kemudian, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum menutup api.



Rendang ayam siap dihidang. Lagi sedap kalau makan dengan lemang. Merecikk habis.😄

Kerabu Maggi Delicious

Siapa kat sini hantu maggi? Raise up your hand. Haha. Hana boleh cakap hana ni hantu maggi jugak la. Tapi tahap perebet jela. Sebab dalam seminggu hana mesti nak makan juga maggi at least sekali. Tak ada la sampai tahap komander lagi (ayat over kan). Hahahaha


Buat masa sekarang ni, hana paling suka makan maggi siam. Uolls tau tak yang mane? Meh hana tunjuk.

Ni la maggi siam yang hana suka tu. Sedappppp

Hana start terjebak dengan maggi ni time kat universiti dulu. Ada classmate thailand suka bawa maggi ni dan suka bagi rasa. Lepas tu terus jatuh cinta. Sebab maggi ni rasa dia ala2 tomyam. Rasa masam2 dan pedasss. Memang favourite hana la. Uolls yang tak pernah try boleh la try nanti. Confirm jatuh cinta nanti. Nak beli ni kalau rasa susah nak dapat kat mane2, just beli online je. Kat instagram ke shoppe ke.

Untuk pengetahuan uolls juga, kerabu maggi yang duk viral dulu tu pun guna maggi ni la. Uolls kalau suka makan kerabu maggi bolehla try buat sendiri. Hana suka buat sendiri sebab lagi puas hati. Lagipun kalau beli makan tak puas. Hehe. Yang paling penting, bila kita buat sendiri, kita boleh letak apa2 yang kita suka kat dalam tu.

So apa tunggu lagi. Jom kita belajar macam mana nak buat kerabu maggi ni. Scroll and tengok kat bawah ye.


Kerabu Maggi

Bahan-bahan
2 Paket maggi siam
Ayam/sotong/udang (optional)
Sosej (optional)
5 Biji cili padi
1 Ulas bawang besar
Sayur (lobak merah, tomato, kubis, kacang panjang @ lain2)

Cara-cara
1. Didihkan air di dalam periuk lebih kurang 1/2 periuk.

2. Bila air dah mendidih, masukkan ayam/sotong/udang terlebih dahulu di dalam periuk.

3. Kemudian, bila ayam/sotong/udang hampir masak, masukkan sosej, sayur, bawang dan cili padi yang telah dipotong kecil.

4. Seterusnya masukkan maggi tadi. Bila maggi sudah masak, toskan air.

5. Kemudian, letak perencah dan gaul semua sekali. Jika anda suka kuah, boleh tambah sedikit air panas. Siap untuk dihidang.



Monday, October 16, 2017

Terung Goreng Simple

Untuk menu sayur, hari ni hanna share resepi masakan terung. Nama resepi ni terung goreng. As usual, resepi yang hanna share simple je.

RESEPI TERUNG GORENG

Bahan-bahan

Terung
Bawang Merah
Cili
Kicap
Sos Tiram
Kunyit
Garam
Gula
Minyak
Air

Cara-cara

1. Potong terung kemudian gaul terung bersama kunyit debu dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng terung tadi sekejap sahaja. Lebih kurang separuh masak. Angkat dan toskan.
3. Potong bawang dan cili. Kemudian letak sedikit minyak. Masukkan bawang dan cili yang telah dipotong.
4. Biar sedikit garing, masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sekejap dan masukkan sedikit air.
5. Kemudian masukkan garam dan gula. Bila kuah agak pekat, masukkan terung yang telah digoreng dan kacau.
6. Masak terung sekejap sahaja lebih kurang 1 minit. Tutup api dan hidangkan.


Sunday, October 15, 2017

Laman Seni Shah Alam Seksyen 7

Assalamualaikum.
Kali ni hanna tak nak share pasal makanan. Tak nak share pasal resepi. Jemu nanti asyik share pasal makanan je. Agak2 uolls hana nak share pasal apa. Haa boleh agak tak?. Hana nak share pasal tempat menarik dan best kat Shah Alam.

First time datang Shah Alam untuk praktikal bulan Ogos lepas. Awal2 datang macam tak best je kat sini. Kilang je banyak kat sini. Tu first impression hanna. Haha. Biasala first impression tu biasanya tak betul. After lebih kurang sebulan la baru la tahu ada jugak tempat menarik dan best kat Shah Alam ni. Salah satunya adalah Laman Seni. Ni untuk kaki selfie tempat ni memang sesuai untuk uolls.

Location : Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Banyak lukisan mural yang menarik yang ada kat Laman Seni Seksyen 7 ni. Lukisan yang ada pula cukup cantik dan kreatif sangat. Hana sempat la ambik a few pictures kat sana sebab masa pergi tu hujan. So tak sempat nak tengok semua mural yang ada. Lepas ni kena pergi lagi ni.













Gambar hana posing semua sama je sebab hana bukan yang pandai posing macam2 gaya. Huhuhu.

Tomyam Daging Campur

TOMYAM DAGING CAMPUR


Rindunya nak makan tomyam daging. Actually, kalau uolls nak tahu tomyam daging lagi sedap dari tomyam ayam. Dia punya rasa tu 2 kali ganda lagi sedap. Hehe. Tapi tu bagi pendapat hanna la.


Kali ni hanna buat tomyam daging campur dengan udang. Kalau masak tomyam letak udang rasanya lagi sedap sebab udang ada keluarkan rasa manis yang boleh menyedapkan lagi tomyam tu. Kali ni hanna masak tomyam guna pes tomyam.


Jom kita tengok macam mana nak masak tomyam daging campur.


Bahan-bahan

Daging (lebih kurang dalam 200-300g @ ikut suka oulls)
Udang (dalam 7-10 ekor@ ikut suka oulls)
1 paket pes tomyam
1 batang carrot
4 biji jagung kecil
1 biji tomato
5 tangkai cili padi
1 ulas bawang besar
2 batang serai
2 helai daun limau purut
2 tangkai daun sup
1sb cili giling (cili boh)
1 keping asam keping
Garam

Gula


Cara-cara

1. Hiris daging nipis-nipis dan rebus daging terlebih dahulu. Masukkan asamm keping ketika rebus daging supaya bau hanyir daging dapat dihilangkan. Kemudian tapis dan toskan daging supaya buih-buih putih yang muncul pada permukaan semasa merebus daging tadi tiada. Air rebusan daging tadi jangan dibuang sebab nanti untuk masak tomyam kita akan guna air rebusan daging.

2. Hiris atau mayang bawang besar. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang terlebih dahulu.

3. Selepas itu masukkan cili kisar tadi dan kacau. Kemudian masukkan serai yang telah diketuk dan daun limau purut. (hanna masukkan serai dan daun limau purut terlebih dahulu untuk naikkan bau tomyam ni).

4. Kemudian masukkan pes tomyam dan daging. Kacau sekejap dan masukkan udang yang telah dicuci.

5. Seterusnya masukkan air rebusan daging tadi. Kalau sedikit, tambah air biasa (hanna biasa masukkan air dalam ½ periuk). Kalau uolls nak tomyam pekat boleh kurangkan air, kalau nak tomyam cair boleh letak air lebih sedikit. Tapi jangan terlalu banyak nanti rasa tomyam hilang sebab air terlalu banyak.

6. Bila dah mendidih masukkan jagung, carrot dan cili padi yang telah dihiris (nak letak sayur-sayur lain pun boleh). Masukkan juga garam dan gula sebagai perasa.

7. Last sekali, bila tomyam dah masak, masukkan tomato yang dibelah 4 dan daun sup yg dihiris kasar. Kemudian tutup air. Ni kerana tomato dan daun sup kalau dimasak lama nanti hancur dan tak sedap.

*Hanna suka letak daun sup dalam tomyam sebab bau tomyam akan jadi lagi wangi dan sedap. Ni salah satu tips dari hanna supaya tomyam tu jadi lagi sedap.

 



Tomyam siap untuk dihidang dan dimakan. Selamat men cuba.

Saturday, October 14, 2017

Kangkung Goreng Belacan

Assalamualaikum and happy weekend. Yeay  today is saturday. Cuti la kita. Cuti2 jugak, tapi masak jangan lupa ye uolls. Hehe.

Okay hari ni hanna nak share resepi masakan untuk sayur. Walaupun hanna tak suka makan sayur tapi hanna suka sangat masak menu sayur untuk family and housemate. Hehe

Hari ni kita belajar mcm mane nak masak kangkung goreng belacan. Ada ke yang tak kenal and tak tahu sayur kangkung? Meh hanna tunjuk.


Ni la kangkung


Jom proceed untuk belajar masak kangkung goreng belacan. As usual bahan2 yang diperlukan dan cara2 masak ada kat bawah.


Resepi kangkung goreng belacan

Bahan-bahan
1 ikat kangkung
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili api
Sedikit belacan
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit air
Garam dan gula

Cara-cara

Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).


Done masak. Seperti biasa la masakan hanna simple dan yang penting sedap. So bagi yang baru nak belajar masak bolehla singgah kat blog hanna sebab menu simple dan mudah sangat nak masak. Lepas ni hanna akan share lagi banyak menu masakan. Bye2.

Friday, October 13, 2017

Ayam Masak Kicap Pedas

Bila turn hanna masak, selalu duk fikir nak masak apa. Arghhh susahnya nak kena fikir nak masak apa. Huhuhu. Nak masak benda sama takot housemate boring lak. Nak masak yang advance sangat pun kadang bahan2 tak ada.

MMMMMMmmmm. So lepas duk fikir panjang tu hanna pun decide nak masak ayam masak kicap.

Tapi.... Haa ada tapi lak. Hehe. Bagi suspens sikit. Biasa kita makan ayam masak kicap biasa2 je. Ni hanna nak ajar cara masak ayam masak kicap pedas. Bila pedas baru la merecik dan berselera makan. Jom tengok apa bahan yang perlu dan cara nak masak menu ni.

Bahan-bahan
Ayam (lebih kurang dalam 8-10 ketul)
10 tangkai cli padi
2 ulas bawang besar
1/2 biji tomato
Kicap
Sos tiram
Garam
Minyak
2 helai daun limau purut

Cara-cara
1. Potong ayam ikut suka nak potong kecik2 atau besar.

2. Kisar cili padi dan bawang besar sehingga lumat.

3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ayam (jangan letak minyak masak). Hanna masukkan ayam dahulu sebab nak bagi garing sikit2 pada ayam. Kacau lebih kurang 5 minit.

4. Kemudian masukkan sos tiram dan masukkan cili dan bawang yang telah dikisar tadi. (Kalau nak pedas lebih, letak banyak. Kalau tak nak pedas sangat, boleh kurangkan sikit).

5. Seterusnya masukkan kicap dan kacau. Selepas seketika (lebih kurang dalam 5 minit), masukkan secawan air.

6. Masukkan garam dan gula sebagai perasa. Kemudian masukkan tomato dan daun limau purut (hanna letak daun limau purut bagi bau wangi). Tunggu sehingga ayam masak.

7. Siap untuk dihidangkan.



Alhamdulillah, ni la hasil ayam masak kicap pedas yang hanna masak untuk dinner malam ni. Habis licin weolls makan. Uolls kalau nak try bolehla.

Telur Kukus

Menu simple seterusnya yang resepi telur kukus. Resepi ni pun merupakan salah satu menu yang menyihatkan sebabnya kita kukus. Kalau kita goreng kurang menyihatkan sebab berminyak kan.
hanna nak share adalah

Bahan-bahan
3 biji telur
1/2 biji tomato
1/2 biji carrot
1 ulas bawang merah
3 biji cili padi
Garam

Cara-cara
1. Hiris dan potong tomato, carrot, bawang merah dan cili padi kecil2.

2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kemudian kacau dan masukkan sedikit garam. Lepas tu boleh masukkan tomato, carrot, bawang merah dan cili tadi.

3. Panaskan periuk pengukus. Sementara itu tuangkan telur tadi ke dalam bekas untuk dikukus.

4. Kukus telur tadi selama 10-15 minit atau sehingga masak. Siap dan boleh dimakan bersama nasi.


Telur Kukus

Fruits salad simple

Walaupun hanna tak suka makan sayur, tapi hanna suka sangat makan buah. So bila tetiba tergerak hati nak diet, hanna pun buat la fruits salad. Serius simple je caranya.

Cara2 nak buat salad buah mudah je. Uolls boleh pilih nak letak buah apa-apa je yang uolls suka. Untuk kali ni, hanna letak buah mangga, epal, pear, salak and timun.

Uolls potong (dadukan) buah-buah tu ikut yang uolls suka. Then, uolls letak mayonis ke dalam buah-buah tu dan gaul. Mayonis jangan banyak sangat and jangan sikit sangat. Letak secukup rasa.

Ni hasil yang hanna buat. Sedap dan sangat mengenyangkan sesuai untuk yang nak diet.